Containe for sale. Delivery entire malaysia update 27.04.2015

Container for sale | All type and condition
shipping container 20' 40'
Reefer container
dhilreefer container specialist
www.dhilreefer.blogspot.com
dhil 0187652032
fadhilhtm@gmail.com
Lelaki Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh
SITIAWAN: Seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an dijumpai mati dipercayai dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala dan badan, di sebuah kebun sayur, di sini hari ini.
Dalam penemuan kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang dipercayai pekerja kebun sayur di Kampung Gugusan Felcra Lekir, di sini dijumpai oleh majikannya.
Menurut sumber, mangsa yang baru tiga minggu berkerja di kebun sayur berkenaan dipercayai bergaduh dengan rakan serumah sebelum disyaki dicederakan dengan menggunakan senjata tumpul.
"Warga asing terbabit dipercayai bergaduh dengan rakannya kira-jam jam 10 malam tadi dan majikan mangsa menjumpai mayat mangsa dengan keadaan tangan dan kaki terikat kira-kira jam 7.30 pagi.
"Mayat dijumpai di sebuah parit berhampiran kebun terbabit dalam keadaan tertiarap," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->
Share this article :
+
Previous
Next Post »